Thursday, February 26, 2009

Anu Dalam Botol cerita betul


JUDUL filem ini, Anu Dalam Botol sudah cukup me ngundang kontroversi kepada orang ramai. Namun, penerbit filem ini, Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui bersedia berhadapan dengan semua itu semata-mata untuk me realisasikan filem terbarunya ke layar perak, tahun ini.

“Saya tidak takut dengan kontroversi kerana kehidupan kita sendiri penuh dengan kontroversi. Tanpa kontroversi, hidup kita juga berasa bosan.

“Kalau orang kata judul filem ini lucah, mereka perlu menonton filem ini terlebih dulu untuk mendapat mesej yang nak disampaikan. Judul filem ini saja sudah pun mengatasi nama pelakon itu sendiri.

“Apa yang penting, pelakon memegang watak utama nanti dapat sampaikan apa yang saya nak sampaikan kepada masyarakat. Pelakon watak utama ini kena lebih `kuat' kerana kalau tidak dia akan dibayangi judul filem ini,” katanya.

Kata Raja Azmi, idea buat Anu Dalam Botol bermula ketika dia bersama tiga rakan, Sutek (pereka fesyen), pengarah Uwei Shaari dan pengarah Shadan Hashim menikmati teh tarik di warung, dua tahun lalu.

“Sutek menceritakan kisah benar rakannya, seorang gay yang menjalani pembedahan untuk membuang anunya (za karnya) untuk menjadi perempuan.

“Tapi, akhirnya dia menyesal atas perbuatan itu apabila ditinggalkan teman lelaki yang dicintai. Selepas itu, dia jatuh cinta dengan seorang perempuan tapi sayangnya semua sudah terlambat kerana dia sekadar dapat melihat anunya dalam botol,” katanya.

Katanya, dia terus tertarik untuk menerbitkan filem itu selepas mendengar cerita Sutek. Malah membuat kajian dengan berjumpa lelaki gay itu untuk meminta kebenarannya membuat filem dari kisah hidupnya.

“Pembedahan membuang anu itu dibuat di Thailand ketika dia berusia 21 tahun dan dia juga dapat membawa pulang anunya yang disimpan dalam botol ke sini. Pada masa sama, dia juga menahan kesakitan selama enam bulan selepas pembedahan.

“Saya berasa sebak selepas mendengar cerita lelaki gay itu dan terus terbuka hati untuk menghasilkan filem berkenaan. Kini usianya sudah 50 tahun dan dia juga bercerita sambil menangis kerana menyesal apa yang dilakukan dulu.



“Dia juga berharap kisahnya menjadi pengajaran kepada masyarakat. Terus terang, saya banyak dipengaruhi kisah benar lelaki gay itu dan ia menarik hati saya dalam tempoh satu saat saja.

“Selain itu, saya menonton filem gay sebagai panduan untuk buat filem ini. Tagline kami, Patah tak tumbuh, hilang tak berganti,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tampil dengan filem itu kerana ingin berkongsi kesedaran dengan masyarakat. Ia juga sekali gus berdakwah kerana sudah sedar selepas mendengar cerita lelaki itu.

“Sebenarnya, saya sendiri mempunyai anak cenderung kepada lelaki lembut sebelum ini. Anak bongsu saya, Megat Deli sudah menunjukkan ke arah itu ketika dia berusia 10 tahun.

“Saya segera menegurnya dan membawanya mendekati al-Quran (tafsiran) supaya menguatkan keimanan. Kini dia sudah berusia 15 tahun dan sudah berubah menjadi lelaki normal. Selain berminat dengan sukan badminton, dia sudah mempunyai teman wanita.

“Saya bukan ingin membongkar kisah rumah tangga tapi untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa lain yang ada anak seperti itu. Pada pemerhatian saya, kebanyakan anak menjadi lelaki lembut kerana kesilapan ibu bapa sendiri,” katanya.

Raja Azmi yang sebelum ini menghasilkan filem Black Widow, Cinta 200 Ela dan Haru Biru berkata, dia memilih tema seperti itu kerana ia mempunyai tarikan kepada pe nonton.

“Kali ini saya ingin ketengahkan tema menceritakan kisah golongan gay pula. Sebagai pembikin filem, kita juga bebas untuk berkarya dalam industri seni.

“Cerita negatif seperti ini memang ada tarikan. Filem ini sangat serius kerana ia kisah hitam yang sangat berat. Ia memaparkan kisah cinta dua lelaki yang terlalu taksub dalam hubungan mereka.

“Persoalannya, siapalah kita untuk melawan kuasa Allah? Dalam kisah ini, Allah kembalikan semula roh lelaki dalam diri lelaki gay itu sehingga dia menyesal kerana sudah membuang anunya sebagai satu pengorbanan cinta,” ka tanya.

Katanya, dia juga tidak takut dengan potongan Lembaga Penapisan Filem (LPF) kepada filem itu nanti. Malah katanya, dia melihat LPF lebih dewasa berbanding dulu.

“Mereka akan potong babak dalam sesebuah filem jika ia keterlaluan. Selain itu, saya juga mengalukan pembabitan syarikat kondom yang berminat untuk bekerjasama dalam filem ini. Apapun, kos filem ini tidak tinggi iaitu sama dengan Haru Biru, kira-kira 800,000 saja,” katanya.

Untuk mencari pelakon sesuai memegang watak lelaki gay itu, Raja Azmi mengadakan uji bakat tertutup di pejabat Finas, Hulu Klang. Uji bakat itu dikendalikan pengarah filem itu, Shadan bersama Adlin Aman Ramlie selaku pengarah uji bakat.

Beberapa artis lelaki popular, Ady Putra, Fauzi Nawawi dan Iqram Dinzly dijemput menghadiri uji bakat itu. Turut hadir, Calvin Lau, Mers (model dan pelakon drama Cina), Arja Lee, Kefli AF, Jessie Lim dan adik pelakon Zulhuzaimi, Firdaus.

Uji bakat itu untuk mencari watak Ghaus dan Rubidin yang juga teraju utama filem itu. Mereka diberi tempoh sejam dan siap dimekap seperti wanita.

“Ada juga pelakon nama besar menarik diri daripada diuji bakat kerana takut berhadapan Adlin dan ada juga yang menolak kerana mendapati watak itu tidak sesuai buat mereka selepas membaca skrip filem itu.

“Antara pelakon yang memberikan komitmen yang bagus ialah Ady Putra. Saya bangga dengan Ady kerana dia seorang pelakon yang berdisiplin dan sampai seawal jam 9.45 pagi untuk uji bakat ini.

“Kita akan buat uji bakat watak pembantu iaitu Dina di pejabat saya nanti. Selepas kita dapat barisan pelakon yang dicari, barulah kita memulakan penggambaran filem ini.

“Selain itu, Murai.com.my akan menganjurkan kuiz kepada pembaca yang melayari portal hiburan itu untuk memilih siapakah calon uji bakat yang layak untuk memegang watak utama filem ini,” katanya.

1 comment:

  1. lepaih ni dtgla cite puki dlm botol.mesti HOT filem gitu

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: