Saturday, February 28, 2009

Apa dah jadi dengan Adibah Noor?



Apa dah jadi dengan Adibah Noor? Tukar imej ke? Atau pun Adibah di serang penyakit?

Lihatlah dah macam wanita tua pulak dah jadinya. Kesian Adibah. Tak sempat nak bersolek kut.

Jangan terkejut... inilah imej terbaru Adibah. Bukan imej terbaru penampilan di atas pentas tapi imej terbaru dalam sitcom Phua Chu Kang yang sangat popular di Singapura.

Adibah turut berlakon daam sitcom itu. Kalau lihat dia memegang bulu ayam dan mengemas meja tu, pastilah wataknya sebagai pembantu rumah yang sudah berusia.

Oh... pegang watak pembantu rumah rupa-rupanya. Kalau macam ni rupa pembantu rumah, siapa yang takutkan siapa nanti.

Majikan akan gerun dan takut nak memperlakukan sesuka hati. Kes Nirmala Bonat tak akan berlaku kalau pembantu rumah datang dalam pakej macam Adibah Noor ni.

Jangan tak tahu... selain bersuara sedap Adibah memang kelakar secara semulajadi, jadi pasti pecah perut menontonnya nanti.


3 comments:

  1. Baguh cari pembantu rumah hak tubuh besar ni..senang nak akat ore sakit,,,ambo kene dio nikoh dah ko,,,,

    ReplyDelete
  2. jangan kata adibah noor macam tu kasihan tau, yang awak kata macam jangan2x awak yang lebih berat betul tak kawan. bersabar ya adibah noor saya peminat awak akan sokong awak dan sayangi dengan pelakon he2x

    ReplyDelete
  3. macam muke nenek saye,,,,hehe, tapi saye ske kt dy,very2 funny

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: