Thursday, February 26, 2009

Dengarnya.... Personaliti buat jiran terguris


ORANG kata, jiran sepakat membawa berkat. Jiran juga adalah insan terdekat yang boleh membantu kita waktu susah dan senang. Tak kiralah, bangsa atau kaum apapun, jiran perlu dihormati. Tapi nampaknya perkara ini tidak diamalkan seorang personaliti yang memang tak ada personaliti langsung.

Ketika kempen menghormati jiran dicanang sini, dia pula sudah bikin hati jiran yang tinggal berdekatan rumahnya naik hantu. Mana tidaknya, ada ke patut buat penggambaran di kawasan rumah sehingga lewat malam, buat bising dan lebih menyakitkan hati, gara-gara kerjanya itu, dia sudah menyusahkan orang lain yang ingin lalu lalang di kawasan itu.

Jalan ditutup sesuka hati membuatkan penduduk di situ naik angin dengan perangainya yang tak pernah makan saman itu. Kebetulan salah seorang kenalan Cik Normah tinggal di situ, jadi dialah yang menyampaikan cerita ini.


Kata kawan Cik Normah, sebelum ini memang personaliti ini sering buat perangai tak senonoh yang menyakitkan hati jiran lain, tapi mereka sebelum ini mereka masih boleh bersabar. Kata kawan Cik Normah, penduduk di situ bukannya tak boleh bertolak ansur cuma mereka kesal dengan tindakan mamat ini yang selalu mementingkan diri sendiri.

Ish! Nasib baiklah Cik Normah tak tinggal berjiran dengan personaliti itu. Kalau tidak, tentu makan hati berulam jantung. Cik Normah rasalah kan, ada baiknya personaliti yang perasan bagus dan kuat berangan ini tinggal dalam hutan atau zoo saja sebab melihatkan perangai dia sejak kebelakangan ini, tempat yang Cik Normah sebutkan tadi memang sesuai untuknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: