Friday, February 27, 2009

Dengarnya...: Rozita setuju kembali jadi 'janda'


HAI pening kepala Cik Normah dengan pelakon jelita berasal dari Alor Setar, Kedah ini. Kawan Cik Normah pun hanya mampu tersenyum apabila mendapat tahu yang Rozita Che Wan akhirnya memberitahu dia akan kembali berlakon drama Tiga Janda arahan Metrowealth.

Sebelum ini, Rozita cakap kat kawan Cik Normah yang dia terpaksa menolak tawaran drama itu atas beberapa sebab. Alih-alih setuju pula nak pegang watak janda dalam drama itu.

Cik Normah diberitahu pelakon Lisa Surihani pun dijangka memegang watak janda. Yang menjadi pertanyaan ialah siapa pula pelakon yang bakal memenuhi kuota untuk jadi janda yang ketiga. Drama Tiga Janda itu dijangka disiarkan di Astro. Cik Normah tak pasti sama ada Astro Ria atau Astro Prima. Mungkin Cik Normah kena tanya pemilik syarikat Metrowealth, David Teo mengenai hal ini.


Dalam dunia realiti, Rozita memang sudah bergelar janda dan mempunyai dua orang anak. Rozita memang kira janda meletup dan menjadi perhatian ramai termasuk golongan VIP. Orang cantik macam kami ini memang selalu menjadi idaman ramai. Tapi Cik Normah sudah tidak boleh digoda dan tergoda lagi, maklum sudah menjadi isteri orang. Lainlah Rozita yang belum mempunyai pengganti. Biarpun sering menjadi bahan gosip, rezeki Rozita memang murah dan menjadi pilihan ramai penerbit drama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: