Friday, February 27, 2009

Dev Patel beraksi dalam 'Who Wants To Be A Millionaire' sekali lagi?

Aksi Dev Patel dalam program ini akan dapat dilihat semula tidak lama lagi. Cuma kali ini ianya bukan sebuah lakonan.

LAKONAN yang ditunjukkan oleh pendatang Bollywood Dev Patel dalam filem 'Slumdog Millionaire' amat meyakinkan.

Tambahan ketika episod program realiti gameshow versi India, 'Who Wants to be a Millionaire' di mana dia menjadi peserta bernama Jamal Malik yang cuba menang hadiah lumayan.

Kini Dev akan beraksi sekali lagi dalam program 'Who Wants To Be A Millioanire' untuk mengutip dana bagi tabung amal. Cuma, kali ini ianya bukan lakonan tapi realiti.

Pelakon berusia 18 tahun itu bersetuju untuk menolong mengutip dana bagi Persatuan Amal Railway Children di Britain bersama pengarah filem Danny Boyle.

Menurut jurucakap program 'Who Wants To Be A Miionaire', mereka telah menerima permintaan dari Railway Children.

"Kami pun terfikir, alangkah eloknya kalau Dev dapat menolong kanak-kanak tidak bernasib baik ini dengan mengambil bahagia dalam program realiti itu.

"Dev dan Danny akan bermain sama-sama begitu juga dengan beberapa selebriti lain. Namun soal rakaman terpulang kepada masa mereka. Kami faham keadaan mereka yang sibuk setelah filem itu menang," kata jurucakap itu.

Tambahnya lagi, "Danny dan Dev sukakan idea ini. Mereka tak sabar-sabar hendak menolong anak-anak Railway Children ini.

"Mungkin episod ini akan dirakamkan sebelum akhir tahun. Bayangkan Dev ambil bahagian semula dalam 'Who Wants to be a Millionaire?. Ini idea yang sangat menarik," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: