Wednesday, February 25, 2009

Kareena timbulkan masalah


KAREENA KAPOOR


KAREENA KAPOOR dilaporkan telah menimbulkan masalah apabila gagal melakukan adegan menyelam.

Sebenarnya aktres tersohor Bollywood itu telah menyebabkan penggambaran satu babak filemnya di kolam renang Goregaon Sports Club di Mumbai yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai satu jam sebaliknya menjadi enam jam!

Dia sebelum ini terkenal sebagai pelakon yang berdisiplin dan tidak pernah menimbulkan masalah di set penggambaran filem-filem lakonannya.

Namun, ketika menjalani penggambaran babak dalam air bagi filem terbarunya, Kambakkth Ishq, Kareena yang sebenarnya seorang perenang yang bagus telah menimbulkan masalah.

"Penggambaran itu merupakan sambungan babak dalam lautan yang sebelum ini dibuat di Itali dan beberapa penyelam telah disediakan bagi membantunya.

"Namun, setiap kali dia menyelam, dia akhirnya muncul kembali ke permukaan air," ujar sumber.

Menurut sumber itu lagi, kandungan air dalam kolam mandi itu terpaksa dikurangkan.

"(Hero Kambakkth Ishq) Akshay Kumar juga cuba menyakinkan Kareena, namun gagal, dan akhirnya penggambaran bagi babak tersebut menjadi enam jam lamanya," ujar sumber kepada Glamsham.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: