Friday, February 27, 2009

Model terkenal Mugda gantikan Katrina Kaif

Kejelitaan model Godse menyebabkan dia senang mendapat tawaran berlakon.

WAJAH yang jelita dan potongan badan menarik bisa mendapat apa saja yang diingini seperti pendatang baru Mugda Godse.

Walaupun bakat lakonannya belum teruji tetapi disebabkan kejelitaan yang dimilikinya, model terkenal Godse dilamar untuk menggantikan aktres Katrina Kaif untuk sebuah filem komedi.

Godse yang membuat ramai penonton terpaku dengan keseksiannya ketika pertunjukan 'Fashion' baru-baru ini dianggap calon paling sesuai mengambilalih tempat Katrina Kaif dalam komedi terbaru arahan Rohit Shetty.

Tahun lepas, Shetty menghasilkan "Golmaal Returns" yang disifatkan sebagai filem yang berjaya.

Shetty mengakui pilihan yang dibuatnya adalah tepat dan paling sesuai.

"Filem baru itu belum lagi diberi nama. Memanglah pada mulanya kami mahukan Katrina. Disebabkan dia sudah memberi komitmen untuk filem lain, kami perlu cari pengganti.

"Godse paling sesuai untuk watak dalam filem ini," kata Shetty.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: