Friday, February 27, 2009

Paula tidak senang dengan juri baru, Kara

Program realiti 'American Idol'kini ada empat orang juri. Dari kiri - Simon Cowell, Kara, Paula Abdul dan Randy Jackson.

EMPAT bukan angka yang disenangi oleh juri 'American Idol' Paula Abdul. Dengar kata, Paula tidak senang dengan keputusan prosedur itu menambah seorang lagi juri, menjadikan jumlah semuanya empat juri dalam program realiti 'American Idol' yang kini memasukki musim ke lapan.

Juri keempat yang dimaksudkan Paula ialah Kara DioGuardi.

Kata Paula, "Kita sudah mencuba dengan empat orang juri tapi tidak menjadi. Cara ini hanya akan mengendalakan perjalanan program. Kalau tiga orang, ianya lebih efisyen."

Ada yang kata, Paula tidak suka dengan penambahan seorang lagi juri kerana dia tidak boleh bercakap banyak kini.

Selain Paula dan Kara, juri lain ialah Randy Jackson dan pengkritik paling lancang iaitu Simon Cowell. Gabungan juri telah menyebabkan program ini terus disukai ramai.

Paula juga pernah memberitahu yang kontraknya sebagai juri akan berakhir selepas musim ini, dan berkemungkinan dia tidak akan kembali lagi.

Walaupun Paula mengaku yang dia tidak ada masalah dengan Kara tetapi Kara pula seakan kecil hati dengan komen yang diberi Paula itu.

"Saya tahu Paula ada hak menyuarakan isi hatinya. Tapi saya agak kecewa dengan apa yang dicakapkannya. Dan saya terluka kerana sepatutnya dia memberitahu saya sendiri," kata Kara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: