Wednesday, February 25, 2009

Peminat tuduh Beyonce 'miming' di persembahan Oscar

Benarkah Beyonce 'miming' ketika berduet bersama Hugh Jackman di acara persembahan Oscar baru-baru ini?

PEMINAT penyanyi seksi R&B Beyonce menuduh dia 'miming' ketika membuat persembahan di majlis Oscar tempoh hari.

Penyanyi berusia 27 tahun itu kononnya melakukan aksi 'miming' semasa membuat nyanyian duet dengan hos majlis Oscar, aktor Hugh Jackman bertempat di Los Angeles Kodak Theatre.

Kedua mereka memberi 'tribute' atau penghargaan kepada lagu-lagu muzikal dalam bentuk medley termasuk lagu-lagu hit dari Chicago dan Moulin Rouge.

Namun, sesiapa yang melihat rancangan itu akan tertanya-tanya samada Beyonce, atau turut dikenali sebagaui Sasha Fierce, benar-benar menyanyi 'live' atau mendapat bantuan teknikal.

"Benarkah Beyonce hanya membuka mulutnya dan lip-synching?" tanya seorang peminatnya.

Seorang lagi peminat yang kecewa juga mendakwa penyanyi kesayangannya itu hanya 'miming' dan tidak menyanyi 'live' seperti Jackman.

"Beyonce hanya 'miming'. Saya tidak faham. Hugh Jackman pun menyanyi 'live', kenapa Beyonce tidak boleh?" tanya peminat kecewa itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: