Wednesday, February 25, 2009

Salman tanggal baju lagi


SALMAN KHAN


DIA sememangnya terkenal dengan kegemarannya menanggalkan baju di khalayak peminatnya bagi menunjukkan bentuk tubuhnya yang gagah.

Meneruskan legasinya itu, Salman baru-baru ini dilaporkan telah menanggalkan bajunya ketika muncul dalam program realiti TV di saluran Zee TV, Lux Dance India Dance.

Kejadian itu berlaku apabila salah seorang peserta program tersebut memintanya menanggalkan baju, sebelum Salman berkata: "Saya dah biasa tanggalkan baju. Saya dah letih melakukannya. Jadi kali ini saya mahu menanggalkan seluar pula!"

Walau bagaimanapun bagi tidak menghampakan permintaan peminatnya itu, Salman lalu menanggalkan bajunya dan mendedahkan sosok tubuhnya yang gagah.

Dia dikatakan telah melakukan kerja keras bagi mencantikkan struktur badannya khusus untuk filem epik terbaru lakonannya, Veer.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: