Monday, August 31, 2009

12,937 menari tarian Thriller


HECTOR mengetuai ribuan penduduk menari tarian Thriller di Monumen Revolusi, bandar raya Mexico.



BANDAR RAYA MEXICO – Hector Jackson iaitu seorang penghibur yang meniru gaya penyanyi terkenal, Michael Jackson mengambil bahagian dalam usaha untuk memecahkan rekod dunia menari beramai-ramai tarian Thriller kelmarin.

Ribuan penduduk Mexico di sini mendakwa mereka berjaya memecahkan rekod Guinness Book of World Records kerana menari tarian Thriller secara serentak dalam jumlah paling ramai di dunia.

“Kita berjaya melakukan,” kata penganjur, Javier Hidalgo kepada beribu-ribu orang yang memakai sarung tangan putih.

Hildago mendakwa sebanyak 12,937 orang menari di hadapan Monumen Revolusi di sini yang diketuai oleh Hector.

Adakah mereka berjaya memecahkan rekod itu?

Sama ada rekod dunia sudah dicipta akan diketahui dalam tempoh seminggu apabila Guinness Book of World Records membuat pengumuman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: