Monday, August 31, 2009

Gagal seludup mercun ke Melaka


Zainal Rashid menunjukkan sebahagian mercun dan bunga api yang dirampas di Serdang semalam.


SUBANG JAYA - Hasrat seorang lelaki untuk menyeludup mercun dan bunga api ke Melaka berkubur apabila kenderaan yang membawa barangan tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya di Serdang di sini kelmarin.

Dalam sekatan pada pukul 5.45 pagi, polis menemui sebanyak 250 kotak mengandungi 10,560 kotak mercun dan bunga api bernilai RM200,000 di dalam lori tiga tan itu.

Antara mercun yang dirampas adalah jenis Glow Of Sunse, Dragon Egg, mercun papan merah dan mercun cake.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis kemudian menahan pemandu lori berusia 49 tahun itu selepas lelaki terbabit gagal menunjukkan permit membawa mercun dan bunga api itu.

"Mercun dan bungi api itu dimasukkan ke dalam beberapa kotak dan ia dalam perjalanan dihantar ke Melaka untuk pasaran di negeri itu," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: