Sunday, August 30, 2009

Kurt Cobain muncul kembali dalam satu permainan video

Bagi peminat Kurt Cobain, akan dapat memainkan wataknya di dalam permainan vidoe 'Guitar Heroes 5'.

MENDIANG penyanyi Kurt Cobain kini sudah bersedia untuk dimunculkan dalam sebuah permainan video yang dinamakan 'Guitar Hero 5'.

Penyanyi utama kumpulan Nirvana ini boleh dimainkan wataknya di dalam permainan video yang dihasilkan oleh syarikat permainan video Activision, lapor satu sumber.

'Smells Like Teen Spirit' dan Lithium' antara lagu yang boleh dimainkan peminat-peminat penyanyi ini sambil menikmati muzik rock di dalam permainan video ini.

Activision telah mendapatkan persetujuan daripada balu Cobain, Coutney Love dan ahli kumpulan Nirvana sebelum memasukkan watak Cobain di dalam permainan video tersebut.

Malah, watak lagenda rock seperti Jimi Hendrix dan Johnny Cash juga boleh menjadi pilihan pemain permainan video ini selain watak Shirley Manson dan Matthew Bellamy dari kumpulan Muse.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: