Sunday, August 30, 2009

Masjid lain boleh tampung


PEMANDANGAN jemaah solat Jumaat yang bersesak-sesak akibat kekurangan ruang di Masjid Jamek Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Jemaah yang terlalu ramai semasa solat Jumaat sehingga menyebabkan Masjid Jamek di sini sesak sebenarnya masih boleh ditampung oleh masjid lain di ibu kota, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

"Kesesakan itu hanya pada waktu tertentu ekoran lokasi masjid itu yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, jemaah boleh pergi ke masjid-masjid lain yang berdekatan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! berhubung kesesakan jemaah Masjid Jamek Kuala Lumpur sehingga mereka terpaksa bersembahyang di tepi kaki lima sebelah kaunter transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek.

Biarpun belum ada cadangan membesarkan masjid itu agar boleh memuatkan lebih ramai daripada kapasiti 3,000 orang sekarang, pihak kerajaan tetap akan menjalankan kajian mengenai masalah itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: