Sunday, August 30, 2009

REAKSI PEMBACA

Tertunggu buah tangan U-Wei Salam SJ. Minggu lepas saya ada baca pasal U-Wei nak mengarah filem baru tajuknya Hanyut. Saya memang tertunggu-tunggu buah tangan U-Wei yang baru. Kalau SJ nak tau, semua filem U-Wei saya ada koleksi sebab film grammar dia uniklah. Jauh ke depan kalau kita nak banding dengan kebanyakan pengarah yang ada.

Saya sangat terpesona dengan cinematic language dalam filem-filem U-Wei terutama Perempuan , Isteri dan Jalang. Kalau orang kata, pergi belajar di Amerika kemudian terpengaruh dengan cara Hollywood, saya akan kata, itu hanya mengada-ngada. Buktinya U-Wei yang berbelas tahun duduk di Amerika tapi filem dia filem Melayu.

Saya sebenarnya meluat dengan sesetengah pengarah kita yang nak jadi Hollywood. Dia orang tak tau ke Hollywood pun dah malu jadi Hollywood. Sebab itu dia orang adaptasi filem dari Jepun, komik Jepun, ambil cerita rakyat Thailand untuk buat filem. SJ tolong pesan sikit kepada sesetengah pengarah kita yang perasan bila filem dia orang buat box office. Pesan dia orang, belajar jadi Melayu dulu baru buat filem Melayu. Masalahnya yang Melayu pun tak kenal Melayu.

Kalau dia orang kaji, Perempuan, Isteri dan Jalang ada pengaruh filem Seri Mersing dan filem Hang Jebat. Kenapa U-Wei tak masukkan pengaruh filem-filem John Ford? Jawabnya dia nak buat filem Melayu.

n Aidil, Putrajaya.

Sastera sumber filem Bila banyak orang pakat dok angkat sangat pengarah-pengarah indie, saya fikir kita jangan bangga melulu. Filem Melayu harus bersumberkan sastera yang hebat dan ada signifikan dengan Melayu atau negara ini.

Budak-budak Cina yang buat filem indie mana ada rujukan mereka kepada sastera tempatan? Cuba SJ bagi tau saya mana filem-filem indie yang sesetengah bangga bagai nak rak itu angkat sosial orang Malaysia?

Dia orang ini buat filem indie seolah-olah di Malaysia semuanya Cina. Dahlah tu Cina pula tak berkawan dengan kaum lain. Cakap Cina. Saya akan bangga kalau filem-filem indie rujuk kepada budaya dan sosial tempatan. Dia orang memang banyak menang di luar negara tapi kita ini bangga padahal tak menyumbang sikit pun kepada memancarkan citra negara ini.

Sebab itu bila U-Wei nak buat filem Hanyut walaupun dari novel Inggeris, saya berbangga kerana ada signifikan dengan alam dan tamadun Melayu. Kepada U-Wei saya ucapkan selamat maju jaya. Sekarang ini dah tak banyak orang nak buat filem, dia orang hanya buat gambar bergerak. Tak ada jiwa langsung.

n Walingun, Setapak Jaya.

Harap Hanyut sehebat Kaki Bakar Mungkin banyak tak tau, filem Kaki Bakar dulu pun U-Wei adaptasi dari sebuah cerpen Inggeris. Tapi dia bijak sampai imej luar hilang dan yang kita lihat ialah imej-imej tempatan. Saya harap Hanyut pun hebat macam Kaki Bakar. Walaupun kualiti visual Kaki Bakar teruk (sebab tranfer dari video ke filem) tapi gaya U- Wei hebat.

Saya kaki wayang, boleh dikatakan semua kita Melayu saya tonton walaupun banyak yang boleh buat saya hentak kepala di dinding. Saya tak nak pakai istilah filem sampah tapi kalau kita kena keluar duit tiba-tiba tengok filem cincai dan lawak macam dok dalam kandang, siapa boleh sabar.

Saya baca novel Almayer’s Folly. Saya nak tengok pula bagaimana U-Wei membuat karya baru bersumberkan novel ini. Tapi U-Wei jangan kecewa kalau tak laku sebab penonton nak filem hantu yang sesuai untuk budak tadika.

n Ilainisari, Pasir Gudang, Johor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: