Monday, August 31, 2009

SINGER cari usahawan baru


Yeap Dein Wah bangga dengan jenama SINGER yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.


PETALING JAYA - SINGER (Malaysia) Sdn. Bhd. (SINGER), syarikat pengedar, pemasar dan penyedia pembiayaan produk perkakasan rumah, menyasarkan untuk menambah 500 buah cawangan jualan menerusi Program Keusahawanan SINGER dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurut Pengarah Urusannya, Yeap Dein Wah, program yang telah diperkenalkan sejak tahun 1980-an itu kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sebagai usaha memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat.

"Melalui unjuran pertambahan tersebut, kami menjangkakan kira-kira 1,000 cawangan jualan SINGER dibuka menerusi program ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dein Wah memberitahu, modal keperluan untuk menyertai program berkenaan ialah sebanyak RM10,000 dan pelaburan tambahan sebanyak RM30,000 dalam bentuk stok. Pemohon juga perlu memiliki ruang kedai sendiri atau mampu membeli atau menyewa lokasi yang bersesuaian.

Menurutnya, peserta yang berjaya dipilih menyertai program itu akan diberi latihan mengenai bidang peruncitan dan pengurusan yang komprehensif bagi membolehkan perjalanan perniagaan mereka berjalan lancar.

1 comment:

  1. sy sgt berminat tp modal terlalu besar..
    ape2 pun klu ade peluang sila hunbungi sy 0172810051

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: