Sunday, November 29, 2009

Hadiah istimewa Sushmita




PELAKON Sushmita Sen terperanjat pada hari lahir ke-34 yang disambut pada 19 November lalu apabila kekasihnya memberikan hadiah istimewa iaitu cakera video digital (DVD).

Pemberian Mudassar Aziz benar menyentuh hati wanita Sushmita kerana ia mengandungi rakaman suka duka wanita itu semasa berlakon filem arahan kekasihnya yang berjudul Dulha Mil Gaya.

"Saya benar-benar gembira pada hari ulang tahun sendiri. Mudassar sangat menghargai saya. Walaupun jangka masa DVD itu hanya enam minit tetapi ia memang paling panjang buat saya. Kenangan bersama pelakon ternama, Shah Rukh Khan dan Fardeen turut diselitkan bersama. Itulah memori yang paling bahagia," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: