Sunday, November 29, 2009

Meriahkan sambutan Fiesta Downtown




SEMPENA menyambut ulang tahun keempat tapak bazar pasar malam KL Downtown Cheras, pelbagai acara telah disusun sepanjang dua bulan sambutan itu yang akan bermula pada 4 Disember ini.

Fiesta yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpu (DBKL), MCA Wilayah Persekutuan dan Persatuan Pengasih itu adalah bertujuan untuk melahirkan suasana sihat di kalangan pengunjung dan perniaga pasar malam itu sempena cuti persekolahan.

Dalam tempoh fiesta berlangsung, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai acara untuk menarik orang ramai mengunjungi bazar berkenaan selain menghidupkan suasana tapak bazar sebagai tempat tumpuan pelancong.

Antaranya acaranya seperti pertunjukan silap mata dan badut yang akan diadakan pada malam menjelang Krismas.

Selain itu pertandingan lawak jenaka turut dibuka kepada orang awam di samping pertandingan karaoke yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

Kemuncak kepada sambutan itu nanti, persembahan artis-artis popular telah dirancang antaranya Misha Omar, Jamal Abdillah, Hafiz (AF) dan bintang dari Indonesia, Endang S. Taurina.

Kepada orang ramai yang ingin merebut peluang perniagaan pula, pihak urus setia turut menyewakan tapak gerai pada setiap malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: