Sunday, November 29, 2009

Rompak bank depan rumah


CHRISTOPHER WALKER merompak daripada Bank Loyds TSB (bulatan kecil) sebelum melarikan diri ke rumahnya di seberang jalan (bulatan besar).


STRATEGI Christopher Walker merompak £25,000 (RM140,000) daripada sebuah bank di sini gagal setelah dia tangkap pihak berkuasa di dalam rumahnya yang terletak hanya kurang 50 meter dari tempat kejadian.

Sebuah akhbar melaporkan, Walker menyerang seorang pengawal keselamatan Bank Lloyds TSB dengan sebatang cota sebelum melarikan wang berkenaan.

Sejumlah saksi kemudian melihat suspek berlari melintasi jalan di Lea Village, Birmingham.

Berikutan kesalahan itu, Walker, 19, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Birmingham Crown kelmarin setelah mengaku salah terhadap rompakan pada 22 Oktober lalu.

"Saya menerima permohonan maaf anda dan kejadian itu tidak dirancang kerana nafsu menguasai diri anda," kata Hakim Sylvia De Bertodano.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: