Sunday, November 29, 2009

Siti Nurhaliza hebat


Siti Nurhaliza


SABTU lepas (14 November 2009) berlalunya sebuah konsert yang begitu hebat dan mantap sekali yang dikenali sebagai Konsert Seribu Warna. Bukan sahaja daripada segi persembahan malah sambutan dan sokongan para peminat setianya yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.

Saya sendiri yang menyaksikan konsert tersebut begitu teruja menantikan kemunculan Siti untuk memulakan persembahannya yang sentiasa tampil dengan kelainan.

Sememangnya konsert ini mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri jika dibandingkan dengan konsert-konsert terdahulu kerana konsepnya yang lebih santai dan rileks lagi.

Paling penting sebagai rakyat Malaysia sewajarnya kita perlu berbangga dengan kejayaan dan bakat yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza sepanjang 14 tahun beliau berkecimpung dalam industri hiburan negara.

Sehingga hari ini, saya sendiri masih belum dapat melihat penyanyi lain yang mampu menggugat kedudukan dan populariti yang dikecapi oleh Siti, jauh sekali untuk menjadi penggantinya.

Sempena ulang tahun ke-15 Siti Nurhaliza dalam industri seni pada April tahun hadapan, saya berharap agar lebih banyak pihak korporat seperti syarikat telekomunikasi yang sudi menaja konsertnya agar impian Siti untuk mengadakan konsert secara besar-besaran bagi para peminat setianya akan terlaksana.

Buat Siti, tahniah atas kejayaan dan kecemerlanganmu yang selama ini sungguh luar biasa. Saya sebagai peminat setiamu akan terus menjadi tulang belakangmu dari dulu, kini dan selamanya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: