Monday, January 30, 2012

Shy'm, Bieber, Anggun jadi tumpuan di Cannes


GAYA Justin Bieber pada majlis Anugerah Muzik NRJ di Cannes kelmarin.


CANNES, Perancis - Fesyen penyanyi pop Perancis, Shy'm dan Justin Bieber dari Kanada menjadi tumpuan pada majlis karpet merah Anugerah Muzik NRJ di sini kelmarin.

Shy'm, 26, yang terkenal dengan lagu Mes Fantaisies tampil dengan fesyen baju jarang yang mendedahkan payudaranya dan kain labuh berwarna putih.

Bieber, 18, tampil dengan imej retro apabila dia memakai baju berwana putih, tali leher gelap, kot berwarna biru dan seluar berwarna gelap yang menyebabkan dia kelihatan lebih dewasa.

Penyanyi kelahiran Indonesia yang terkenal di Perancis, Anggun Cipta Sasmi, 37, memakai baju labuh berwarna biru yang panjang berjela.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Perancis, Nolwen Leroy, Patricia Kaas, Christophe Mae, Mylene Farmer, penyanyi Britain kelahiran Lebanon, Mika, penyanyi rock Perancis, Johnny Halliday dan penyanyi Amerika Syarikat, RedFoo serta penyanyi Colombia, Shakira.

Turut hadir ialah penyanyi Britain, Seal yang baharu mengumumkan perpisahan dengan model terkenal dunia dari Jerman, Heidi Klum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: