Thursday, September 22, 2016

Ariana Grande Akui Bercinta Dengan Mac Miller




PENYANYI Ariana Grande bukan sahaja tampil dengan gaya baharu, malah dia turut mendedahkan kini sedang bercinta dengan penyanyi rap Mac Miller.

Seperti dipetik Female First, Ariana mengakui dia kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki tersebut.
Penyanyi itu membuat pengakuan itu ketika muncul dalam program Ellen DeGeneresbaru-baru ini.

"Saya benar-benar tidak percaya ditanya tentang soal cinta dalam program secara langsung.
"Apa yang boleh saya katakan ya benar saya sedang bercinta dengan Mac," katanya yang menjawab soalan Ellen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: