Thursday, May 11, 2017

ChoA Tinggalkan AOA Untuk Berehat



ChoA mengesahkan berehat daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan AOA.
PENYANYI ChoA mengesahkan dia mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang aktiviti bersama kumpulannya iaitu AOA.
Koreaboo melaporkan perkara itu turut didedahkan oleh syarikat pengurusannya FNC Entertainment selepas khabar angin mengenai perkara itu mula menjadi bualan peminat.
Peminat mula bercakap mengenai kedudukan ChoA selepas penyanyi itu dilihat beberapa kali tidak menghadirkan diri pada acara melibatkan AOA.
Ahli lain kumpulan itu, Yuna turut memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen daripada lirik lagu mereka, Ending Scene.
"Saya maksudkannya. Kamu ada hak untuk gembira," antara bait lirik lagu itu yang dipercayai ditujukan kepada ChoA.