KALI ini Gempal lebih selesa untuk menjadi pemerhati sahaja dengan apa yang berlaku iaitu 'luahan media sosial' antara pelakon hebat Fasha Sandha dengan pelakon jelita  Nora Danish.
Semuanya bermula dalam satu majlis pertunjukan fesyen yang turut melibatkan dua personaliti popular ini.
Berikut merupakan kenyataan Fasha di Instagramnya (bahasa dan ejaan adalah seperti yang ditulis di Instagram tersebut)
“Masih terkenangkan apa yang berlaku semalam. Yes, i am a single mother, and i have SUPER POWER. Tapi sekuat manapun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam. Setibanya saya di hotel semalam, saya terus ke bilik Nursajat untuk bersiap.
Tiba2 Nursajat beritahu saya, encik Izani Dari Pihak pengurusan Jakel memberitahu saya bahawa satu jenama artis lain yang turut ada dalam majlis fenomena raya tersebut akan TARIK DIRI jika saya hadir ke majlis tersebut.
Saya terkejut, kenapa tiba2 ada drama pula. Saya, dengan rela hati, sudah bersedia untuk balik, kerana saya tidak mahu masalah dan saya ingin menghormati majlis tetapi saya dipujuk oleh Rita Datuk Sosilawati , nursajat dan Manager saya @iman_imran75 Supaya bersifat PROFESSIONAL.
Lepas 15 minit, pihak jakel telefon Sajat kembali dan memohon maaf di atas salah faham. Kata dia, pihak pengurusan jenama artis tersebut yang tidak mahu kehadiran saya dan telah menukar fikiran untuk membenarkan saya datang. Saya benar2 celaru dan kusut dengan situasi yang terjadi semalam.
Saya betul2 dalam dilema dan terkejut dengan apa yang jadi. Saya dalam keterpaksaan, saya menurut nasihat pihak pengurusan saya,supaya pergi. Saya dengan muka hiba, muka sembap baru lepas menangis, saya gagahkan diri saya untuk pergi. Saya kotakan janji, saya pergi hanya untuk sajat for the first show dan saya terus balik.
Saya benar2 kecewa dengan apa yang terjadi semalam. Lain kali, kalau takmau saya ada, buat majlis solo, dah tentu majlis ni kepunyaan Jakel dan banyak jenama, Jadi akan ada jenama lain yang turut serta. Semalam awak cuba memalukan orang, cuba nak menghalau orang dari majlis.
U think dengan nama dan kekayaan yang u ada, u boleh sesuka hati nak cuba menghalau orang dari majlis yang bukan kepunyaan u? Saya akan ingat peristiwa ini sampai saya mati dan saya mendoakan awak cepat sembuh dari segala penyakit awak. Saya juga mendoakan awak bahagia selalu dan jenama awak sukses.
Bersihkan dalaman agar awak betul2 gembira dengan kehidupan awak,bukanlah hanya kepura puraan . Ingat ya, saya sedar diri saya, saya dah bersedia untuk balik, tapi kerana PROFESSIONALISM, saya gagahkan diri saya. All the best to you burung Hantu #moveonplease”
Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun nama Nora Danish disebut-sebut.  Nora  juga telah meluahkan perasaannya di Twitter.
Bila Diam orang kata betul, Bila Balas orang kata sama level. Now I’m just following my heart. Ya Allah Kau tenangkanlah hati Kami, agar tindakan Kami mengikut Akal Bukan hati. Amin. Penulisan pun kelam kabut, Mcm mana la orang boleh senang percaya. Penat nya jadi Saya. Tak habis habis Di caci Maki, Kadang Kadang Bukan punca nya Dari Saya pun. Adakah Tindakan undang undang juga Harus Di buat? Saya tak reti nak balas Di media social. Adakah itu menjadikan Saya orang yang bersalah.
Sehubungan itu, bagi meredakan suasana tegang ini, penganjur acara Fenomena Aidilfitri 2017 telah tampil memberikan kenyataan.
Seperti yang dipetik, Pengarah Urusan Glass Go Media, Amiruddin Rizuan Ali, mengambil tanggungjawab dengan salah faham yang terjadi.
Jelasnya, kejadian yang berlaku itu tiada kena mengena dengan Nora Danish atau Fasha Sandha.
Amiruddin juga menjelaskan tiada sebarang kejadian melibatkan tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau.
“Jadi, saya mengambil sepenuh tanggungjawab atas perkara yang terjadi dan akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya.
GEMPAL: Buang yang keruh, ambil yang jernih