TAMPIN - Rutin seorang pemilik kebun ke kebun kelapa sawitnya di Kampung Sungai Dua, Air Kuning Selatan, di sini, tengahari tadi dikejutkan dengan penemuan bom lama tinggalan perang.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak berkata, mangsa segera membuat laporan polis berhubung penemuan bom lama berkenaan dan sepasukan unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Negeri Sembilan telah dikejarkan ke lokasi bagi mengenalpasti jenis bom.
Menurutnya, bom lama jenis Shell sepanjang 20 sentimeter dengan ukur lilit 20 sentimeter itu dikenalpasti masih aktif dan kerja pemusnahan bom telah di lakukan di lokasi penemuan pada jam 5.20 petang.