HENAN - CHINA. Sebuah tayar pesawat penerbangan Urumqi Air tercabut ketika mendarat tanpa disedari orang ramai, Selasa lepas.
Laporan Shanghaiist mengatakan kejadian berlaku selepas pesawat berkenaan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Zhengzhou Xinzheng di Henan.
Walaupun kurang satu tayar, pesawat jenis Boeing 737-800 berkenaan tidak tergelincir dan tiada penumpang menyedari kejadian berkenaan.
Malah, kakitangan lapangan terbang sendiri tidak menyedari pesawat berkenaan kurang satu tayar dan sebuah tayar 'terbaring' di landasan.
Kejadian berkenaan didedahkan sendiri oleh Urumqi Air dan syarikat tersebut meminta maaf dan berjanji memeriksa keselamatan pesawat-pesawatnya.