CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Saat masyarakat ingin mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam membuatkan ada haiwan yang terikut-ikut dengan idea itu lapor Huffington Post.
Sebuah video menjadi tular di laman media sosial mengenai seekor anjing baka 'golden retriever' yang turut mengikut bersenam.
Di dalam video berdurasi 59 saat tersebut, anjing yang diberi nama Riptide itu kelihatan mengikut senaman gaya basikal 'crunches whirl' dengan gaya yang amat comel sekali.
Video tersebut dimuatnaik di laman Instagram Stanford Women's Crew team dan setakat ini telah ditonton lebih 16,000 tontonan.
Rata-rata netizen memberikan komen betapa comelnya gaya yang ditiru anjing tersebut serta memujinya kerana turut sama bersenam.