Tuesday, May 23, 2017

Wajah Tanpa Solekan Suho & Chanyeol Jadi Perhatian




Chanyeol dan Suho menjadi perhatian kerana tidak memakai solekan.
GAYA di lapangan terbang menjadi satu trend  selebriti di Korea Selatan sehingga ada yang sanggup tampil dengan fesyen pelik sebelum menaiki pesawat.
Namun dua ahli kumpulan EXO iaitu Suho dan Chanyeol benar-benar memahami bagaimana hendak menarik perhatian peminat apabila tampil tanpa solekan ketika tiba di lapangan terbang Gimpo, Seoul.
Perkara itu jarang-jarang dilakukan oleh mana-mana selebriti Kpop dan kebiasaannya mereka akan memakai topeng bagi menutup wajah mereka.
Walaupun tidak memakai solekan namun Suho dan Chanyeol tetapi tampil penuh gaya dengan gaya jalanan yang akan menjadi ikutan peminat mereka.
Koreaboo melaporkan peminat teruja dapat melihat wajah sebenar kedua-dua penyanyi kesayangan mereka tanpa solekan dan rata-rata memuji Suho dan Chanyeol kacak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: